Monday, August 3, 2009

Being Ranau..


Ranau berasal dari perkataan 'RANAHON' yang membawa maksud kawasan SAWAH PADI. Biasanya masyarakat Kadazandusun di Daerah Ranau mengusahakan tanaman padi huma atau padi bukit memandangkan bentuk muka buminya yang berbukit-bukau. Tetapi bagi mereka yang tinggal di Lembah Ranau, mereka mengusahakan tanaman padi sawah atau dalam bahasa tempatan 'RANAHON'. Panggilan singkat bagi 'RANAHON' ialah RANAU. Kebetulan kawasan ini telah membangun sebagai pusat pentadbiran daerah dan nama RANAU telah diambil sebagai pengenalan Daerah RANAU.
Latar Belakang Daerah Ranau
Daerah Ranau terletak di antara garisan lintang (Latitude) 5° 30’ U dan 6° 25’ U dan garisan bujur (Longitude) 116° 30’ dan 117° 5’ T dan dikelilingi oleh 7 buah daerah lain iaitu Tuaran, Kota Belud, Tambunan, Keningau, Kinabatangan dan Beluran sebelum menjadi sebuah daerah penuh pada awal tahun 1960-an. Keluasan Daerah Ranau pada masa ini ialah 294,224 hektar atau 1978.5km persegi. Walaubagaimanapun, apabila perubahan persempadanan baru yang melibatkan Daerah Tambunan dan Beluran diluluskan, maka luas Daerah Ranau akan bertambah kepada 3,555.51km persegi.
Sumber pendapatan penduduk adalah pertanian 50%, pelancongan/swasta 7% dan kakitangan kerajaan 13%.Jumlah Penduduk (Berdasarkan Kepada Bancian Penduduk Tahun 2000) (ihsan web pejabat daerah ranau)

No comments:

Post a Comment